Yerobeam membina Kota Sikhem di Pergunungan Efraim dan tinggal di sana. Setelah itu, dia bergerak dari sana, lalu membina Penuel. Kata Yerobeam dalam hatinya, “Sekarang, boleh jadi kerajaan ini akan kembali kepada keluarga Daud. Jika rakyat pergi mempersembahkan korban sembelihan di Bait TUHAN di Yerusalem, tentu hati rakyat akan berbalik kepada tuan mereka, iaitu Rehabeam, raja Yehuda. Mereka akan membunuh aku dan kembali kepada Rehabeam, raja Yehuda.”
1 Raja-Raja 12:25-27
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kembali kepada Rehabeam"
Bab 12 kitab 1 Raja-Raja kisah orang Israel meminta raja baharu yang menggantikan raja Salomo iaitu anaknya sendiri Rehabeam untuk meringankan perhambaan yang keras dan tanggungan yang berat kepada rakyat (ay.4) tetapi raja Rehabeam tidak mendengar permohonan rakyat itu malah mengugut menambahnya lagi (ay.14-15).
Biasanya pemerintahan tidak mendengar permohonan rakyat walaupun mengaku negara demokrasi tetapi hakikatnya tidak.
Akibat permohonan rakyat diabaikan oleh Rehabeam maka rakyat bertindak meninggalkan dia, tinggal lagi suku Yehuda bersamanya.
Kemudian rakyat melantik Yerobeam menjadi raja (ay.20).
Yerobeam kemudian membuat dua patung anak lembu emas di tempatkan di Betel dan Dan (ay.29), r
Yerobeam mengatakan inilah tuhan yang telah membawa kamu keluar dari Mesir (ay.28).
Dia lakukan itu sebab takut rakyat kembali kepada Rehabeam (ay.26-27) apabila beribadah di Yerusalem.
Rakyat pula senang diperbodohkan oleh Yerobeam.
Semoga kita tidak mudah diperbodoh dengan menyembah patung anak lembu emas kerana takut kembali kepada Rehabeam penyembahan yang benar
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menyembah patung anak lembu emas hari ini.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 15.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment