Kemudian Raja Salomo mengutus orang untuk menjemput Huram dari Tirus. Huram anak seorang balu daripada suku Naftali, manakala ayahnya warga Tirus dan seorang tukang gangsa. Dia seorang yang amat bijaksana, penuh dengan pengertian dan pengetahuan untuk mengerjakan sebarang pekerjaan yang menggunakan gangsa. Maka datanglah dia menghadap Raja Salomo, lalu melaksanakan segala yang ditugaskan kepadanya. 1 Raja-Raja 7:13-14 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Huram dari Tirus" Bab 7 kitab 1 Raja-Raja kisah raja Salomo membina istananya dan istana isterinya puteri Friaun (ay.8). Ada seorang yang bernama Huram dari Tirus ibunya seorang Isreal dari suku Naftali dan bapanya seorang Tirus (ay.13), dia yang dijemput oleh raja Salomo untuk membuat kerja-kerja akhir istana dan bait TUHAN. Begitulah hebatnya Huram. Disebalik keindahan istana dan bait TUHAN ada seseorang yang mengerjakan biasanya orang itu tidak dikenali ramai, ibarat AI pada zaman sekarang kerjanya hebat tetapi diakui hasil kerjanya oleh seseorang yang menyuruh atau mengupahnya. Semoga kita menghargai seseorang seperti Huram dari Tirus di jemaah kita kerana tanpa mereka tiadalah bangunan atau perabot yang cantik di gereja kita. Doa: Tuhan Yesus berikan kami seseorang seperti Huram yang pandai bertukang dan taat kepada-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 10.3.2026.

Comments

Popular Posts