Maka datanglah firman TUHAN kepada Elia, orang Tisbe itu, demikian, “Sudahkah kaulihat bagaimana Ahab merendahkan diri di hadapan-Ku? Kerana dia telah merendahkan diri di hadapan-Ku, maka Aku tidak akan mendatangkan malapetaka pada zamannya. Pada zaman anaknyalah Aku akan mendatangkan malapetaka ke atas keluarganya.”
1 Raja-Raja 21:28-29
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Ahab merendahkan diri"
Bab 21 kitab 1 Raja-Raja bersambung kisah raja Ahab, kejahat kali ini bermula sebab ingin memiliki kebun anggur Nabot yang bersebelahan istana raja, tetapi Nabot tidak mahu menjual atau digantikan dengan kebun lain (ay.1-3).
Ahab sangat sedih, Izebel isterinya bertanya apa yang telah berlaku, setelah diketahui dibuatlah arahan bertulis atas nama Ahab untuk membunuh Nabot dan berlakulah demikian (ay.5-14).
TUHAN tidak berkenan perbuatan itu lalu menyuruh Elia memberi pesan akan hukuman TUHAN, setelah mendengar pesan itu Ahab merendahkan diri di hadapan TUHAN (ay.27).
TUHAN tidak jadi melaksanakan hukuman pada zaman Ahab tetapi pada zaman anaknya (ay.29).
Begitulah kisah kebun anggur Nabot, kita perlu berhati-hati terhadap keinginan memiliki sesuatu jangan sampai menipu atau sampai membunuh.
Harta tidak selamanya memberi kegembiraan malah lebih banyak menyusahkan.
Semoga kita seperti Ahab merendahkan diri di hadapan TUHAN selepas diberi teguran oleh TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya merendahkan diri setiap hari di hadapan-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment