Di samping puteri Firaun, Raja Salomo turut mencintai ramai perempuan asing, iaitu perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon, dan Het. Mereka itu berasal daripada bangsa-bangsa yang telah difirmankan TUHAN kepada orang Israel: “Jangan kamu menikahi mereka dan jangan mereka bercampur-baur dengan kamu. Mereka pasti membuat hatimu menyimpang untuk mengikuti tuhan mereka.” Namun demikian, Salomo terpaut pada mereka kerana cinta. Firaun sangat berkenan kepada Hadad, sehingga dia memberinya seorang isteri, iaitu adik isterinya sendiri, adik permaisuri Tahpenes. 1 Raja-Raja 11:1-2 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kerana cinta" Bab 11 kitab 1 Raja-Raja kisah masa tua raja Salomo, ingatkan dia setia sampai akhir hidup tetapi tidak (ay.4), sedangkan dua kali TUHAN menampakkan diri kepadanya (ay.9), TUHAN tidak pernah menampakkan diri kepada Daud tetapi dia setia. Pengalaman hidup bertemu Tuhan Yesus bukan jaminan seseorang setia boleh jadi jatuh dalam dosa meninggalkan iman kepada Tuhan Yesus kalau terjebak cinta terhadap wanita, harta, pangkat atau kuasa. Salomo jatuh dalam dosa penyembahan kepada dewa-dewi bangsa-bangsa Kanaan yang dilarang oleh TUHAN jangan bercampur baur apa lagi menikah dengan mereka (ay.2). Tetapi itulah yang dilakukan Salomo kerana cinta. Semoga kita setia sampai akhir hayat berhati-hati kerana cinta iman binasa. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya iman tidak binasa kerana cinta. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 14.3.2026.

Comments

Popular Posts