Maka wanita itu pun pergi memberitahukan hal itu kepada hamba Allah. Kata Elisa, “Pergilah, juallah minyak itu, dan lunaskanlah hutangmu. Engkau dan anak-anakmu dapat hidup dengan bakinya.” 2 Raja-Raja 4:7 Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Lunaskanlah hutangmu" Bab 4 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan nabi Elisa beberapa mukjizat yang dilakukan, ada yang mirip mukjizat yang pernah dilakukan Elia tuannya dahulu menghidupkan anak (ay.35), mukjizat menawarkan hidangan sayur beracun dalam kuali untuk rombongan nabi (ay.42-44), mukjizat memberikan anak kepada keluarga kaya di Sunem, anak mereka kemudian meninggal tetapi dihidupkan semula (ay.8-37) dan mukjizat yang dilakukan Elisa yang menarik perhatian saya kali ini iaitu minyak menjadi banyak juga mirip mukjizat yang dilakukan Elia di Sarfat Sidon (1 Raj.17:16). Tetapi minyak kali ini lebih banyak bukan hanya kegunaan sendiri tetapi untuk dijual dan mampu pula melunaskan hutang mendiang suami balu yang juga salah seorang rombongan nabi yang diancam oleh pemiutang mahu mengambil anak mereka menjadi hamba, selebihnya untuk sara hidup balu itu dengan anak-anak (ay.7). Berhutang sangatlah tidak baik sebab keluarga turut menderita kalau gagal dibayar atau apabila berlaku kematian. Dalam keadaan buntuh berdoalah kepada TUHAN, mesti ada jalan penyelesaian jangan cari pemiutang lain. Semoga kita tidak seperti balu itu lunaskanlah hutangmu supaya tidak menyusahkan keluarga. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat melunaskan hutang sebelum meninggal. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 29.3.2026.

Comments

Popular Posts