Inilah nama-nama kesateria gagah yang menyertai Daud: Yoseb Basebet, orang Hakhmoni, ketua kepada Tiga Perwira. Dia pernah menggunakan tombaknya melawan lapan ratus orang yang ditewaskannya dalam satu pertempuran.
2 Samuel 23:8
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tiga Perwira"
Bab 23 kitab 3 Samuel merupakan kata-kata terakhir Daud, walaupun selepas bab ini masih ada kisah Daud diceritakan. Antara pengakuan Daud ialah "Roh TUHAN berbicara dengan perantaranku dan firman-Nya ada di lidahku" (ay.2).
Tanpa Roh TUHAN tidak mungkin seseorang boleh berkata-kata tentang perbuatan TUHAN atau pengalaman peribadi dengan TUHAN, itulah kekuatan raja Daud walaupun dia bukan seorang imam.
Seterusnya kisah Tiga Perwira dan Tiga Puluh Kesateria, Yoab watak yang selalu muncul tidak dalam senarai, tetapi Uria orang Het salah seorang daripada mereka (ay.39).
Bukan saja gagah berani tetapi kesetiaan mereka terhadap raja Daud itulah ciri mereka sebagai pahlawan (ay.8)
Hari ini kesetiaan kita kepada TUHAN Yesus seperti Tiga Perwira dan Tiga Puluh Kesateria raja Daud.
Semoga kita seperti Tiga Perwira dan Tiga Puluh Kesateria Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya seperti Tiga Perwira dan Tiga Puluh Kesateria itu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 2.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment