TUHAN akan mengajar Israel seperti mensiang yang bergoyang-goyang di air. Dia akan mencabut Israel daripada tanah yang baik ini, yang telah dikurniakan-Nya kepada nenek moyangnya. Dia akan menyerakkan mereka ke seberang Sungai Efrat, kerana mereka telah membuat patung-patung Asyera dan membangkitkan murka TUHAN. Dia akan lepas tangan terhadap orang Israel kerana dosa-dosa Yerobeam yang dilakukannya sendiri, dan yang menyebabkan orang Israel turut sama berdosa.
1 Raja-Raja 14:15-16
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dosa-dosa Yerobeam"
Bab 14 kitab 1 Raja-Raja kisah Yerobeam menyuruh isterinya meminta petunjuk TUHAN tentang anak mereka yang sakit melalui nabi Ahia yang tinggal di Silo, dia jugalah yang mengatakan satu masa dahulu Yerobeam menjadi raja bagi Israel (ay.1-2).
Firman TUHAN kepada Yerobeam sangat keras, anak itu akan mati, pemerintahan keluarganya akan dihapuskan dan keturunannya habis mati tanpa dikuburkan (ay.7-12).
Semua ini akibat dosa-dosa Yerobeam (ay.12).
Yerobeam tidak bertaubat selepas menerima pesan TUHAN itu.
Begitu juga kerajaan Yehuda mereka juga berdosa sebab mendirikan tiang-tiang berhala dan patung-patung Asyera (ay.23).
Begitulah kerajaan Israel dan Yehuda berdosa seperti bangsa Kanaan yang dihukum TUHAN.
Semoga kita tidak mengulangi dosa-dosa Yerobeam membuat patung anak lembu emas, mendirikan tiang-tiang berhala dan patung-patung Asyera.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya hanya setia menyembah-Mu sahaja.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 17.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment