Firman TUHAN kepadanya, “Pergilah, kembalilah ke jalanmu menuju Gurun Damsyik. Sesampainya di sana, lantiklah Hazael untuk menjadi raja atas Aram. Lantiklah juga Yehu, cucu Nimsi, menjadi raja atas Israel, dan Elisa anak Safat dari Abel-Mehola menjadi nabi untuk menggantikan engkau.”
1 Raja-Raja 19:15-16
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pergilah kembali ke jalanmu"
Bab 19 kitab 1 Raja-Raja bersambung kisah nabi Elia selepas peristiwa di gunung Karmel, kemudian diancam bunuh oleh permaisuri raja Ahab Izebel pada hari esok itu juga dia akan dibunuh (ay.2).
Takutlah Elia, dia melarikan diri ke gunung Horeb mengambil masa 40 hari 40 malam perjalanan, hanya dua kali diberi makanan oleh malaikat sebelum memulakan perjalanan itu pun hanya roti bundar dan minum air (ay.6-8).
Sesampai di gunung Horeb ia bertemu TUHAN, awalnya Elia berputus asa dan mahu mati (ay.4).
Tetapi TUHAN menguatkan kembali semangat melayani dengan memberi misi yang sangat jelas iaitu kembali kepada jalanmu ke gurun Damsyik melantik Hazael menjadi raja Aram, Yehu menjadi raja Isreal dan Elisa dari Abel-Mehola pengganti Elia sebagi nabi (ay.15-16).
Kita pun mungkin berulang kali putus asa, takut, mahu berhenti melayani dan sebagainya, tetapi Tuhan Yesus menguatkan, supaya kekal fokus dalam pelayanan.
Semoga kita pun seperti Elia pergilah kembali ke jalanmu.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami setiap hari supaya pergi kembali ke jalan pelayanan kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 22.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment