Kemudian pada bulan Bul, iaitu bulan kelapan, pada tahun kesebelas, selesailah bait itu dengan semua bahagiannya, selaras dengan segala perinciannya. Jadi dia membina bait itu selama tujuh tahun lamanya. 1 Raja-Raja 6:38 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Selama tujuh tahun lamanya" Bab 6 kitab 1 Raja-Raja kisah raja Salomo membina bait TUHAN pada tahun 480 selepas orang Isreal keluar dari Mesir. Sejarah panjang sebelum Bait TUHAN dibina, zaman Salomo masa terbaik membina bait TUHAN atas restu TUHAN sendiri (ay.12). Restu TUHAN penting sebelum memulakan sesuatu perojek pembinaan, dahulu raja Daud mahu membina tetapi TUHAN tidak izinkan (2 Sam.7:12-13). Kita tidak tahu pasti kenapa TUHAN berkenan kepada Salomo membina bait TUHAN tetapi tidak kepada Daud. Antara yang menarik perhatian kisah pembinaan itu tanpa ada bunyi penukul, kapak atau perkakas besi apa pun sebab siap di lombong (ay.7), seperti mencantum lego ukuran tepat, cantuman kuat dan tersusun. Mungkin kita boleh meniru reka bentuk binaan seperti itu pada zaman kita. Selama tujuh tahun pembinaan bait TUHAN itu, tapi sayang bait itu kita tidak dapat melihatnya sebab telah dimusnahkan oleh penakluk Babel. Semoga kita pun membina bait TUHAN iaitu gereja walaupun ambil masa panjang mungkin selama tujuh tahun lamanya yang penting atas restu TUHAN cantik dan kukuh. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya membina Bait TUHAN walaupun ambil masa panjang. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 9.3.2026.

Comments

Popular Posts