Asa melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti Daud, leluhurnya. Dia mengusir pelacur kuil kaum lelaki dari negeri itu dan menyingkirkan segala berhala yang dibuat oleh leluhurnya. Bahkan dia juga memecat Maakha, neneknya, daripada kedudukan bonda permaisuri, kerana Maakha membuat patung kekejian bagi Asyera. Asa menebang patung keji itu dan membakarnya di Lembah Kidron.
1 Raja-Raja 15:11-13
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menyingkirkan segala berhala"
Bab 15 kitab 1 Raja-Raja kisah beberapa raja Yehuda dan Israel. Raja Asa di Yehuda menggantikan Rehabeam ayahnya, dia melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti Daud leluhurnya (ay.11). Lama sekali baru ada keturunan Daud yang benar di mata TUHAN ini generasi ketiga.
Apa yang Asa lakukan ia menyingkirkan segala berhala, memecat neneknya daripada kedudukan bonda permaisuri sebab membuat patung Asyera (ay.13). Asyera ialah dewa orang Kanaan yang memberi kesuburan tanah dan kepada wanita supaya ramai anak.
Manakalah di Israel raja Nadab hanya memerintah dua tahun (ay.25) digantikan oleh Baesa (ay.29).
Kedua-dua raja ini jahat di mata TUHAN (ay.26, 30).
Begitulah kisah tiga orang raja itu, pilihan di tangan raja sendiri mahu menjadi benar di mata TUHAN atau benar di mata rakyat.
Semoga kita seperti raja Asa menyingkirkan segala berhala di hati kita.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya benar di mata-Mu sebab tanpa ada berhala.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 18.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment