BMDC KEJADIAN 32:22-24
Pada malam itu juga Yakub bangun lalu membawa dua orang isterinya, dua orang gundiknya dan sebelas orang anaknya, menyeberang Sungai Yabok. Setelah Yakub menyeberangkan mereka, dia kembali dan mengirim juga segala miliknya ke seberang. Tetapi dia tinggal di situ seorang diri. Kemudian datanglah seorang lelaki bergomol dengan Yakub sampai menjelang pagi.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Seorang lelaki bergomol dengan Yakub" Bab 32 kitab Kejadiaan kisah Yakub sangat takut bertemu Esau, dia membahagikan rombongannya menjadi beberapa kumpulan sebab berfikir kalau satu diserang yang satu lagi mungkin sempat melarikan diri (ay.8), pada waktu malam selepas Yakub menyeberangkan isteri, gundik dan dan 11 orang anaknya di sungai Yabok (ay.22), dia tinggal seorang diri kemudian datang seorang lelaki bergomol dengan Yakub sampai menjelang pagi (ay.24), ketika orang itu berasa tidak menang dalam pergumulan dia memukul pinggul Yakub sehingga terkehil (ay.25). Yakub tidak mahu melepaskan orang itu sebelum memberkati Yakub, orang itu berkata nama Yakub bukan lagi Yakub tetapi Israel kerana menang dalam pergumulan dengan TUHAN (ay.28). Inilah asal usul nama Israel, tidak hairan bangsa ini selalu bergomol dengan bangsa lain tetapi tidak kalah sebab memang itulah maksud nama Israel.
Hari ini kita pun bergomol dengan cabaran kehidupan, tetapi tidak kalah seperti Yakub kerana Tuhan Yesus bersama kita.
Semoga kita menang dalam pergomolan seperti seorang lelaki datang bergomol dengan Yakub.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya menang dalam pergomolan hidup ini.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Gonggeun Korea 17.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment