BMDC KEJADIAN 21:9-10 Pada suatu hari Ismael, anak Abraham dan Hagar, perempuan Mesir itu, sedang bermain dengan Ishak, anak Sara. Sara nampak hal itu lalu berkata kepada Abraham, “Usirlah hamba perempuan ini bersama dengan anak lelakinya. Anak hamba perempuan ini tidak boleh mendapat bahagian daripada hartamu yang akan diwarisi anak lelakiku, Ishak.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Usirlah hamba perempuan ini bersama anaknya" Bab 21 kitab Kejadiaan kisah Sara mengusir Hargar dan anaknya kerana dia tidak mahu anak Hargar mendapat warisan harta Abraham (ay.10), harta sudah menjadi konflik rumah tangga sejak zaman Abraham sehingga hari ini, ada yang usir-mengusir seperti yang dilakukan Sara, ada yang putus saudara tidak pulang-pulang, ada yang mengaus dan sebagainya. Berat hati Abraham mengusir Hargar dan anaknya Ismael sebab anak Abraham juga, tetapi akhirnya dia akur kerana TUHAN juga mengizinkan perkara itu dengan janji akan banyak keturunan melalui Ishak dan juga Ismael (ay.12-13), Abraham suka bila disebut banyak keturunan dia pun menurut. Setiap orang ada saja keinginan dalam hati, TUHAN tahu dan mampu memberikan asal kita mahu menurut perintah-Nya, seperti Abraham mengusir Hargar dan Ismael satu keputusan yang menyakitkan tetapi demi keturunan yang banyak dia akur. Semoga kita dapat membuat satu keputusan usirlah hamba perempuan ini bersama anaknya demi mentaati TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami membuat keputusan yang besar demi mentaati-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 6.6.2025.

Comments

Popular Posts