BMDC KEJADIAN 43:32
Yusuf makan di sebuah meja tersendiri, dan saudara-saudaranya makan di meja yang lain. Orang Mesir yang ada di situ makan di meja yang lain lagi, kerana mereka berasa hina apabila makan bersama dengan orang Ibrani.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tema "Berasa hina apabila makan bersama dengan orang Ibrani" Bab 43 kitab Kejadiaan kisah abang-abang Yusuf balik lagi ke Mesir untuk membeli gandum, kali ini Benyamin adik kandung Yusuf ikut sebab pesan Yusuf sebelum mereka pulang ketika membeli gandum kali pertama (ay.3-5). Drama Yusuf berpura-pura tidak mengenal mereka berjalan dengan lancar, abang-abang tiri pula semakin takut yang menginsafkan mereka (ay.18).
Kali ini Yusuf membawa mereka ke rumahnya makan bersama, mereka diberi tempat duduk mengikut urutan daripada sulung kepada yang bongsu (ay.33), hairanlah mereka, Yusuf masih bermain drama, memang tidak baik begitu tetapi tipu menipu sudah menjadi budaya dalam keluarga Yakub.
Orang Mesir tidak makan satu meja bersama dengan mereka sebab berasa hina apabila makan bersama dengan orang Ibrani (ay.32).
Kerendahan dan penerima terhadap orang lain dapat dilihat ketika makan, inilah yang selalu berlaku, kita hanya makan bersama dengan orang yang dirasakan sama taraf dan yang menyenangkan kita. Tetapi itu tidak benar menurut contoh TUHAN Yesus yang makan bersama orang yang dianggap berdosa pada zaman-Nya (Mat.9:10-11).
Semoga kita tidak seperti orang Mesir berasa hina makan bersama dengan orang Ibrani.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang menerima orang lain seadanya mereka.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 28.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment