BMDC KEJADIAN 29:18-19
Yakub jatuh cinta dengan Rahel. Oleh itu dia berkata, “Saya akan bekerja selama tujuh tahun untuk pak cik, jika pak cik membenarkan saya berkahwin dengan Rahel.” Laban menjawab, “Aku lebih suka dia menjadi isterimu daripada isteri orang lain; tinggallah di sini bersama dengan aku.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bekerja selama tujuh tahun" Bab 29 kitab Kejadiaan kisah Yakub tiba di Haran dan bertemu dengan Laban.
Yakub pun tinggal bersama keluarga Laban, kemudian dia jatuh cinta dengan anak Laban yang bernama Rahel (ay.18).
Yakub mahu bekerja untuk Laban selama tujuh tahun untuk mendapatkan Rahel (ay.18).
Cinta sejati sanggup melakukan sesuatu demi gadis yang dia cintai, Yakub sanggup bekerja tanpa gaji malah 14 tahun dia bekerja demi Rahel kerana tujuh tahun pertama ditipu oleh Laban (ay.25).
Yakub yang pernah menipu sekarang dia ditiup. Mungkin balasan kerana menipu, sebab itu janganlah menipu.
Hari ini saya yakin TUHAN sedang membalas penipu seperti Yakub hukumnya terpaksa bekerja selama 14 tahun tanpa gaji.
Semoga kita sanggup bekerja selama tujuh tahun demi cinta dan mungkin hukum TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami agar sanggup bekerja selama tujuh tahun demi sesuatu yang kami cintai.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Incheon Korea 14.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment