BMDC KEJADIAN 17:18-19 Oleh itu dia berkata kepada Allah, “Lebih baik Ismael saja yang menjadi warisku.” Tetapi Allah berfirman, “Tidak. Isterimu Sara akan melahirkan seorang anak lelaki untukmu dan engkau akan menamakan dia Ishak. Aku akan setia kepada perjanjian-Ku dengan anak itu dan dengan keturunannya selama-lamanya; perjanjian itu abadi. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Sunat" Bab 17 kitab Kejadiaan muncul perintah sunat kepada Abram yang mengubah namanya menjadi Abraham (ay.5), sunat tanda janji TUHAN kepada Abraham menjadi keturunan yang banyak (ay.2) dan seluruh tanah Kanaan kepunyaan mereka selama-lamanya, TUHAN menjadi Tuhan mereka (ay.8). Ada antara keturunan Abraham menjadi raja (ay.6), janji ini kali ke tiga diulang oleh TUHAN, setiap kali janji itu disebut Abraham percaya, tetapi kali ini Abraham agak sinis sebab usianya sudah 100 tahun dan Sara berumur 90 tahun (ay.17), dia berfikir biarlah Ismael menjadi pewaris (ay.18), pewaris bermaksud pemilik janji yang disebut itu. Tetapi TUHAN tidak setuju dengan fikirkan Abraham, TUHAN ada rancangan sendiri anak Sara yang memiliki janji (ay.21) bukan Ismael dan janji itu adalah abadi (ay.19). Manusia memang berfikir sesuai logik sebab tidak mampu bertindak di luar logik fikirkan seperti Abraham mana mungkin usia 100 ada anak dengan isteri usia 90 tahun. Sunat pula sebagi tanda janji TUHAN itu kepada keturunan Abraham, tetapi bukan semua yang bersunat termasuk dalam janji itu hanya keturunan Abraham pada jalur keturunan Ishak. Semoga kita faham maksud sunat menurut Alkitab dan kita termasuk dalam janji itu melalui Tuhan Yesus secara rohani. Doa: Tuhan Yesus ajar kami agar bersunat dihati iaitu beriman kepada-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 2.6.2025.

Comments

Popular Posts