BMDC KEJADIAN 24:57-60
Mereka menjawab, “Marilah kita panggil Ribka dan tanyakan pendapatnya.” Mereka memanggil Ribka dan bertanya, “Mahukah kamu ikut orang ini?” Gadis itu menjawab, “Ya, saya mahu.” Oleh itu mereka mengizinkan Ribka dan inang pengasuhnya pergi dengan hamba Abraham dan semua orangnya. Mereka memberkati Ribka dengan kata-kata ini, “Semoga kamu, Ribka, menjadi ibu kepada berjuta-juta orang. Semoga keturunanmu menaklukkan kota-kota musuh mereka.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Ya, saya mahu" Bab 24 kitab Kejadiaan kisah Abraham mencari isteri untuk anaknya Ishak dengan menyuruh hambanya paling tua pergi ke Mesopotamia kepada keluarga Nahor adik Abraham (ay.2-10), perjalanan hamba itu berjaya, dapat menemui keluarga Nahor ketika berada di perigi yang kebetulan bertemu Ribka cucu Nahor ketika menimba air (ay.18-18).
Pertemuan yang tidak disangkah selalu berlaku dalam hidup kita, ketika sangat memerlukan sesuatu pertolongan tiba-tiba bertemu pula dengan orang yang mampu menolong, bagi orang percaya itulah pertolongan TUHAN bukan kebetulan.
Akhirnya Ribka bersetuju menjadi isteri Ishak, dia mahu mengikuti rombongan meminangnya pada keesokan hari, pulang ke rumah Abraham di Kanaan selatan, tanpa ragu dengan mengatakan "ya, saya mahu" (ay.57) tanpa syarat, bukti cinta sejati walaupun belum bertemu dengan bakal suami.
Sama seperti pemberkataan di gereja ada ungkapan "ya, saya mahu" ungkapan itu janji seumur hidup dan tanpa syarat, menjadi kunci perkahwinan yang diberkati oleh TUHAN.
Semoga kita ingat janji perkahwinan kita "ya, saya mahu"
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya setia dengan janji perkahwinan kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com.
Kudat 9.5.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment