BMDC KEJADIAN 19:17,26
Selepas itu satu daripada malaikat itu berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh, dan jangan berhenti di lembah. Larilah ke pergunungan supaya kamu tidak terbunuh!” Tetapi isteri Lot menoleh, lalu dia berubah menjadi tiang garam.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jangan menoleh" Bab 19 kitab Kejadiaan kisah bagaimana TUHAN memusnahkan kota Sodom dan Gomora kerana kejahatan mereka (ay.13), kejahatan kota itu terbukti apabila mereka berkumpul mahu bersemburit dengan kedua-dua malaikat yang berada di rumah Lot (ay.5), mereka langsung tidak menghormati tetamu, berbanding Lot yang memberi hormat dan tumpangan kepada tetamu (ay.1), mungkin sikap inilah juga membuat TUHAN menyelamat Lot dan keluarganya.
Lot, isteri dan kedua anak perempuan mereka disuruh oleh kedua malaikat itu melarikan diri dari kota Sodom dengan dipegang tangan mereka oleh malaikat itu, dengan pesan pergi cepat-cepat jangan menoleh (ay.16-17) tetapi isteri Lot menoleh lalu menjadi tiang garam (ay.25).
Melanggar perintah malaikat ada akibat yang boleh membunuh seseorang, apa lagi kalau melanggar perintah TUHAN.
Hari ini perintah TUHAN sangat jelas mengasihi orang lain, sangat mudah dilakukan daripada tidak dilakukan, perintah "jangan menoleh" kepada Lot dan keluarganya sangat mudah ditaati, tetapi isterinya tidak taat.
Semoga kita taat perintah jangan menoleh supaya kita tidak mati.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya taat perintah jangan menoleh supaya kami boleh kekal hidup menjadi berkat.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
4.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment