BMDC KEJADIAN 20:7-8 Tetapi sekarang, kembalikanlah wanita itu kepada suaminya. Suaminya seorang nabi, dan dia akan berdoa untukmu supaya engkau tidak mati. Tetapi jika engkau tidak mengembalikannya, ingat, engkau dan segenap rakyatmu akan mati.” Awal pagi esoknya Raja Abimelekh memanggil semua pegawainya dan memberitahu mereka segala kejadian itu. Mereka sangat ketakutan. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Suaminya seorang nabi" Bab 20 kitab Kejadiaan kisah Abraham berpindah lagi tempat tinggal di Mamre menuju ke selatan tanah Kanaan di antara Kades dan Syur (ay.1) Tidak dinyatakan kenapa Abraham berpindah, ketakutan Abraham akan dibunuh kerana isterinya yang cantik ketika berada di Mesir berulang lagi di tempat baru itu, sekali lagi dia berbohong dengan mengatakan Sara bukan isterinya (ay.5), sebab itu raja Abimelekh mengambil Sara untuk dijadikan isteri (ay.3). Susah juga beristeri perempuan cantik pada zaman itu takut dibunuh orang. Tetapi TUHAN mencegah Sara menjadi isteri raja Abimelekh malah mengangkat nama Abraham sebagi nabi, TUHAN sendiri mengatakan "suaminya seorang nabi" kepada raja Abimelekh (ay.6-7). Tidak salah kalau kita memanggil Abraham sebagi nabi. Walaupun dia seorang nabi terjebak juga berbohong kerana takut dibunuh. Hari ini kita pun seperti Abraham walaupun seperti nabi, pendeta, pastor atau pelayan gereja masih terjebak berbohong kerana ketakutan sesuatu, sebab itu kita sangat memerlukan pertolongan TUHAN seperti kisah Abraham dan Sara itu. Semoga kita tahu suaminya seorang nabi jangan ganggu isteri orang itu. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berbohong dan tidak tergoda dengan isteri orang lain. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.6.2025.

Comments

Popular Posts