BMDC KEJADIAN 36:6-7
Kemudian Esau meninggalkan Yakub dan pergi ke negeri lain bersama dengan semua isterinya, anak lelakinya, anak perempuannya, serta semua orang dalam rumahnya. Dia juga membawa semua ternakan dan harta benda yang sudah diperolehinya di Kanaan. Esau berpisah daripada Yakub kerana harta mereka terlalu banyak, sehingga mereka tidak dapat tinggal bersama-sama. Lagipun negeri yang didiami mereka itu tidak cukup luas untuk ternakan mereka yang sangat banyak.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Esau berpisah daripada Yakub" Bab 36 kisah keturunan Esau, dia juga menjadi bangsa yang besar malah memiliki raja sendiri sebelum ada raja memerintah di Israel (ay.31-39). Mungkin sebab Esau berusaha bersungguh-sungguh melawan kutuk ayahnya sendiri dan Yakub pula perlu bertungkus-lumus membayar harga penipuannya terhadap Esau.
Esau meninggalkan Yakub bukan sebab mereka masih bersengketa tetapi kerana harta mereka terlalu banyak. Tidak disebut adakah Yakub mewarisi harta Ishak, kalau tidak ke manakah atau siapa pewaris harta Abraham itu.
Hari ini ada anak yang pada awal kehidupannya dipandang sebelah mata oleh ibu bapa mereka tetapi dikemudian hari dia lebih berharta dan berjaya berbanding anak yang lain.
Semoga kita seperti Esau berpisah daripada Yakub kerana harta mereka yang terlalu banyak tidak dapat ditapung di tempat yang sama.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang cekal seperti Esau dikutuk tetapi masih menjadi bangsa yang berjaya.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Soul Korea 21.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment