BMDC KEJADIAN 39:22-23
Dia mempercayakan orang tahanan yang lain kepada Yusuf. Dia juga memberikan tanggungjawab kepada Yusuf atas segala pekerjaan yang dilakukan di dalam penjara. Ketua penjara itu tidak lagi mengawasi segala yang dipercayakannya kepada Yusuf, kerana TUHAN menyertai Yusuf sehingga dia berjaya dalam semua pekerjaannya.
konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berjaya dalam semua pekerjaannya" Bab 39 kitab Kejadiaan kisah Yusuf berada di rumah Potipar seorang pengawai raja, ketua pengawal istana yang membeli Yusuf dari orang Ismael selepas dijual oleh abang-abangnya (ay.1).
TUHAN menolong Yusuf sehingga dia selalu berjaya dalam segala yang dilakukannya (ay.2) tetapi isteri Potifar memfitnah Yusuf dengan mengatakan dia mahu merogolnya (ay.14-15), kemudian Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, sekali lagi TUHAN menolong dia sehingga ketua penjara suka kepadanya (ay.21). Begitulah Yusuf kerana TUHAN menyertai dia berjaya dalam semua pekerjaan (ay.23).
Hari ini masih berlaku ada orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi kerana TUHAN menyertai seperti Yusuf.
Semoga kita pun seperti Yusuf berjaya dalam semua pekerjaan kerana TUHAN menyertai dia bukan sebab Yusuf tetapi kerana TUHAN menolongnya.
Doa: Tuhan Yesus tolonglah kami supaya seperti Yusuf berjaya dalam semua pekerjaannya.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment