BMDC KEJADIAN 26:28-29 Mereka menjawab, “Sekarang kami tahu bahawa TUHAN melindungi tuan, lalu kami fikir lebih baik kita mengadakan perjanjian. Bersumpahlah bahawa tuan tidak akan berbuat jahat terhadap kami, sebagaimana kami tidak berbuat jahat terhadap tuan. Kami sudah bersikap baik terhadap tuan dan membenarkan tuan pergi dengan damai. Kini sudah nyata bahawa TUHAN memberkati tuan.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pergi dengan damai" Bab 26 kitab Kejadiaan permulaan kisah hidup Ishak, seperti bapanya dia juga takut dibunuh orang kerana isteri yang sangat cantik, sebab itu dia mengatakan Ribka adiknya (ay.6-7) bolehlah kita bayangkan kecantikan wanita Mesopotamia melebihi wanita di Kanaan. Ishak juga ketahuan bahawa Ribka adalah isterinya selepas raja Abimelekh terlihat mereka bercumuan (ay.8). Seperti Abraham, Ishak juga disuruh pergi oleh raja Abimelekh kerana dianggap Ishak lebih berkuasa daripada mereka (ay.16). Ishak pun pergi, tetapi tidak berakhir sampai di situ, selepas Ishak pergi dia hidup berpindah rendah sebab perigi yang dia gali disebut oleh orang Filistin (ay.19-21). Sikap seperti ini masih wujud sehingga hari ini, merebut milik orang lain sebab berfikir itu miliknya, inilah yang menjadi konflik kalau kedua-duanya pihak tidak mengalah. Akhirnya raja Abimelekh datang kepada Ishak untuk membuat perjanjian damai (ay.28-30). Mereka berpisah pergi dengan damai sebagai sahabat. Perdamaian itulah yang terbaik kita usaha untuk mengakhiri konflik, bukan mencari siapa salah siapa benar. Semoga kita mencontohi sikap raja Abimelekh dan Ishak pergi dengan damai sebagai sahabat. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang mengusahakan perdamaian. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu 11.6.2025.

Comments

Popular Posts