BMDC KEJADIAN 42:22-23
Ruben berkata, “Dahulu aku melarang kamu menyakiti anak itu, tetapi kamu tidak mahu mendengar. Sekarang kita menerima balasan kerana kematiannya.” Yusuf memahami bahasa mereka tetapi mereka tidak mengetahui hal itu, kerana mereka berkata-kata dengan Yusuf melalui seorang jurubahasa.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menerima balasan" Bab 42 kitab Kejadiaan kisah 10 orang abang tiri Yusuf pergi ke Mesir untuk membeli gandum sebab di tanah Kanaan pun ada kebuluran, mungkin kemarau berpanjangan menyebabkan tanaman tidak menjadi. Abang-abang tiri Yusuf sujud menyembah dia,
Yusuf mengenal mereka tetapi abang-abang tirinya tidak mengenalnya (ay.6-7).
Yusuf menuduh mereka pengintip tetapi abang-abangnya menafikan dan berkata mereka 12 adik beradik dari satu bapa seorang sudah meninggal (ay.13), Yusuf menahan mereka selama 3 hari (ay.14) untuk meneruskan siasatan. Mungkin kita ada pengalaman ditahan jangankan 3 hari 30 minit pun cukup risau juga. Yusuf mengenal mereka tetapi berpura-pura tidak kenal kisah tipu menipu dalam keluarga Yakub sudah diwarisi oleh anak-anaknya.
Akhirnya Ruben abang sulung Yusuf (Kej.29:32) sedar mereka mengalami kesusahan kerana kematian Yusuf (ay.22) yang disangka mereka telah mati.
Sekurang-kurang tindak Yusuf menginsafkan abang-abangnya, itulah yang kita mahu ada keinsafan akibat peristiwa yang dialami supaya tidak lagi melakukan kejahatan.
Semoga kita seperti Ruben sedar mereka menerima balasan atas kejahatan yang mereka lakukan terhadap Yusuf.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya sedar kejahatan yang pernah kami lakukan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 27.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment