BMDC KEJADIAN 22:1-2 Kemudian Allah menguji kesetiaan Abraham. Allah memanggil, “Abraham!” Lalu Abraham menjawab, “Ya, aku mendengar.” Allah berfirman, “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Kutunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN menguji kesetiaan Abraham" Bab 22 kitab Kejadiaan kisah TUHAN menguji Abraham (ay.1-19) dan keturunan Nahor abang Abraham (ay.20-24). TUHAN menyuruh Abraham pergi ke gunung Moria untuk persembahkan Ishak anak tunggal yang dikasihinya sebagai korban menyenangkan hati TUHAN (ay.2). TUHAN boleh menguji siapa sahaja termasuk saya dan anda, kenapa perlu diuji untuk membuktikan kesetiaan kepada-Nya dan menguatkan lagi sesuatu janji seperti Abraham janji menjadi berkat dan mempunyai keturunan yang ramai diulang lagi (ay.17-18) kali empat atau kelima diucapkan oleh TUHAN. Hari ini ada sahaja ujian yang kita hadapi; ketika mencari pekerjaan, mencari pasangan hidup, penglibatan dalam perniagaan, politik, harta, penyakit dan sebagainya, adakah kita masih setia kepada TUHAN seperti Abraham. Semoga kita mampu bertahan seperti TUHAN menguji kesetiaan Abraham mengorbankan Ishak anak tunggal yang dikasihinya sebagi korban menyenangkan hati TUHAN. Doa: Tuhan Yesus jadikan kami setia seperti Abraham. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat 7.6.2025.

Comments

Popular Posts