BMDC KEJADIAN 27:46
Kemudian Ribka berkata kepada Ishak, “Aku jemu dan bosan dengan isteri-isteri Esau yang berbangsa asing itu. Jika Yakub juga berkahwin dengan gadis Het, lebih baik aku mati saja.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Isteri-isteri Esau" Bab 27 kitab Kejadiaan kisah Ishak memberkati Yakub dan mengutuk Esau dan Ribka bosan dengan Isteri-isteri Esau yang berbangsa Het.
Ishak yang sudah tua dan buta mahu memberkati Esau selepas memakan daging buruannya (ay.1-4). Tetapi Ribka isteri Ishak mendengar perbualan itu, kemudian dia memasak makanan yang disukai suaminya seperti yang dia suruh kepada Esau,
Ribka menyuruh Yakub menghantar makan itu kepada Ishak dan menyamar sebagi Esau, Ishak tertipu dan telah memberkati Yakub (ay.27-29).
Esau juga kemudian membawa makan lazat hasil buruannya, tetapi tidak ada lagi berkat kerana sudah diberikan kepada Yakub (ay.35).
Hari ini tipu menipu masih berlaku termasuk orang percaya, berkat yang diambil kerana menipu banyak masalah lihatlah bangsa Israel sehingga hari ini dimusuhi oleh keturunan Esau dan Ismael.
Ribka juga menderita kerana sikap Isteri-isteri Esau yang hidup bersamanya, mungkin sikap tidak sopan bukan seperti orang Mesopotamia yang maju berbanding orang Kanaan pada masa itu.
Semoga anak-anak kita mencari isteri yang tidak seperti isteri-isteri Esau yang membosankan Ribka.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami menantu perempuan atau lelaki yang beriman kepada-Mu yang berhati mulia.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu 12.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment