BMDC KEJADIAN 37:27-28
Mari kita jual dia kepada orang Ismael itu. Tidak usah kita sakiti dia. Bagaimanapun dia tetap adik kita.” Saudara-saudaranya bersetuju. Apabila beberapa orang pedagang Midian lalu, Yusuf dikeluarkan oleh saudara-saudaranya dari perigi. Kemudian mereka menjual dia kepada orang Ismael itu dengan harga dua puluh keping wang perak. Yusuf dibawa oleh pedagang-pedagang itu ke Mesir.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yusuf dijual" Bab 37 kitab Kejadiaan kisah Yusuf dijual oleh abang-abangnya kepada pedagang yang sedang menuju ke Mesir (ay.25-28). Abang-abangnya Yusuf bertindak demikian berpunca dari iri hati kerana ayah mereka lebih menyayangi Yusuf berbanding mereka (ay.3). Yakub tidak belajar kisah dia dan abangnya saling bermusuhan kerana ibu bapa mereka pilih kasih.
Lepas Yusuf dijual abang-abangnya menipu ayah mereka dengan mencelupkan jubah Yusuf ke dalam darah kambing kemudian membawa kepada Yakub (ay.31-32), Yakub menyangkah Yusuf sudah diterkam binatang buas (ay.33).
Badi Yakub ditipu masih menghantuinya, sebab dia tidak benar-benar bertaubat walaupun telah mengalami pengalaman ditipu beberapa kali.
Hari ini pun masih boleh berlaku pengalaman pahit berulang kalau kita tidak bertaubat seperti pengalaman Yusuf dijual kemudian menipu Yakub.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat bertaubat sepenuh hati.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Lapangan terbang Incheon Korea 22.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment