BMDC KEJADIAN 25:27-28 Kedua-dua orang anak itu membesar; Esau menjadi seorang pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, tetapi Yakub bersifat tenang dan suka tinggal di khemah. Ishak lebih sayang kepada Esau kerana dia suka makan daging binatang buruan, tetapi Ribka lebih sayang kepada Yakub. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Ribka lebih sayang Yakub" Bab 25 kitab Kejadiaan kisah lahirnya dua orang anak kembar Ishak dan Ribka iaitu Esau yang sulung dan Yakub bongsu (ay.22), sebelum itu kisah Abraham yang berkahwin lagi dengan Ketura dan mempunyai beberapa orang anak (ay.1-2), Abraham meninggal ketika berumur 175 tahun (ay.7-8), dikuburkan di dalam Gua Makhpela yang dibelinya. Ishak telah mewarisi semua harta Abraham, anak yang lain Abraham memberi mereka hadiah kemudian menyuruh mereka pergi (ay.6). Mungkin lebih baik adik beradik tinggal berjauhan berbanding tinggal bersama. Esau dan Yakub yang tinggal bersama ada konflik kerana Ishak bapa mereka lebih sayang Esau kerana suka makan daging buruan Esau, Ribka pula lebih sayang Yakub sebab suka berada di khemah (ay.27-28). Hari ini pun masih berlaku konflik keluarga seperti ini sebab ada pilih kasih. Semoga kita tidak pilih kasih seperti Ribka lebih sayang Yakub. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang tidak pilih kasih terhadap anak-anak. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat 10.5.2025.

Comments

Popular Posts