BMDC KEJADIAN 40:21-23
Raja mengembalikan pengurus minuman kepada pekerjaannya yang dahulu, tetapi pengurus roti dihukum mati. Semua hal itu berlaku tepat seperti yang dikatakan Yusuf. Namun pengurus minuman itu tidak ingat lagi akan Yusuf. Dia sama sekali lupa akan Yusuf.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Lupa akan Yusuf" Bab 40 kitab Kejadiaan kisah Yusuf menafsir mimpi dua pengawai raja iaitu pengurusan minuman dan pengurusan makanan. Kedua-dua tafsiran mimpi benar belaka (ay.20-22), tetapi pengurus minuman melupakan Yusuf (ay.23).
Hari ini ramai yang lupakan seseorang yang pernah menolongnya, malah ada yang menjatuhkan pula orang itu. Memang lumrah manusia tetapi bukan lumrah yang baik.
Semoga kita tidak seperti pengurus minuman lupa akan Yusuf selepas dia dalam keadaan baik.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak melupakan orang yang berjasa kepada kami, seperti ibu bapa, adik beradik, kawan dan orang yang tidak dikenali tetapi menolong tepat pada waktu diperlukan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 25.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment