BMDC KEJADIAN 45:27-28 Tetapi setelah mereka memberitahu Yakub semua yang dikatakan Yusuf kepada mereka, dan ketika Yakub nampak pedati yang dikirim oleh Yusuf untuk membawa dia ke Mesir, pulihlah semangat Yakub. Dia berkata, “Anakku Yusuf masih hidup! Itulah saja yang aku inginkan! Aku mesti pergi berjumpa dengan dia sebelum aku mati!” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pulihlah semangat Yakub" Bab 45 kitab Kejadiaan kisah Yusuf memperkenalkan dirinya kepada abang-abang dan Benjamin adiknya bahawa dia adalah Yusuf yang dijual oleh mereka (ay.4) kecuali Ruben dan Benjamin tidak ikut campur. Yusuf tidak menghukum abang-abang tirinya malah mengatakan TUHAN yang telah menghantar dia lebih dahulu untuk menyelamatkan ramai orang termasuk mereka (ay.5-7). Pemimpin yang baik dapat melihat campur tangan TUHAN dan bukan berdendam kepada orang yang pernah menyakitinya. Yakub pula apabila diberi tahu Yusuf masih hidup pulilah semangatnya (ay.27). Selama ketiadaan Yusuf Yakub hidup tanpa semangat, sebab hanya Yusuf saja yang dia sayang. Hari ini apakah yang memulihkan semagat kita, kasih Tuhan Yesus yang besar adalah pemuli semangat sejati. Semoga kita seperti Yakub pulilah semangat Yakub apabila mengetahui Yusuf masih hidup. Doa: Tuhan Yesus berikan kami semagat supaya pulih seperti sebelum ini dalam pelayanan, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 30.6.2025.

Comments

Popular Posts