BMDC KEJADIAN 33:3-4 Yakub berjalan di hadapan mereka semua, dan sambil menghampiri abangnya, dia sujud sampai tujuh kali. Tetapi Esau berlari mendapatkan Yakub, lalu memeluk dan mencium dia. Kedua-dua mereka bertangis-tangisan. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sujud sampai tujuh kali" Bab 33 kitab Kejadiaan kisah Yakub bertemu dengan Esau abang kembarnya selepas 20 tahun tidak bertemu. Yakub sujud tujuh kali di hadapan Esau, Esau berlari mendapatnya memeluk dan bertangis-tangisan (ay.3-4). Yakub pula yang menyembah abangnya berbanding berkat yang disebut Ishak bapa mereka, Esau yang menyembah Yakub. Ketakutan menyebab Yakub lupa berkat itu, seperti Esau kerana kelaparan menjual hak kesulungan (ay.25:34). Hari ini ketakutan dan kelaparan masih berlaku kalau kita tidak berhati-hati boleh terjadi menyembah seseorang kerana itu. Semoga kita tidak terdesak seperti Yakub menyembah tujuh kali di hadapan Esau. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak terlalu takut agar tidak menyembah ketakutan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Gonggeun Korea 18.6.2025.

Comments

Popular Posts