BMDC KEJADIAN 23:16-17
Abraham bersetuju dengan harga itu. Lalu dia menimbang perak sejumlah yang disebut oleh Efron di hadapan orang Het, iaitu empat ratus keping wang perak, dengan timbangan yang digunakan oleh para saudagar. Demikianlah tanah milik Efron di Makhpela, di bahagian timur Mamre, menjadi milik Abraham. Tanah itu terdiri daripada ladang dan gua serta semua pokok di situ termasuk pokok-pokok yang ada di hujung tanah itu.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema " Sarah meninggal" Bab 23 kitab Kejadiaan kisah Sara meninggal pada usia 127 (ay.1) dan Abraham membeli sebidang tanah ladang di Makhpela bahagian timur Mamre (ay.17).
Abraham rupanya berminat daerah Mamre, tetapi tidak bertahan tetap tinggal di sana, walaupun begitu dia memilih tempat tersebut untuk menguburkan isterinya, membeli dengan harga 400 ratus keping wang perak (ay.15), katakan 1 keping wang perak bersamaan satu hari gaji pekerja pada zaman itu pada zaman kita RM50 jadi harga tanah itu lebih kurang RM20 ribu, agak murah pada zaman kita. Mungkin sebab itulah Efron mengatakan kepada Abraham hanya berharga 400 keping wang perak (ay.14-15). Abraham mahu membeli sebuah gua sahaja, tetapi tuan tanah pula memberi sekali ladang yang ada berdekatan dengan gua itu (ay.17).
Abraham mendapat harga yang istemewa sebab dia dihormati oleh orang Kanaan (ay.5).
Hari ini tanah untuk menguburkan seseorang masih diperlukan untuk mengabadikan namanya, sebab itu paling tidak milikilah lot tanah untuk penguburan.
Semoga kita belajar seperti Abraham membeli lot tanah untuk penguburan ketika Sara meninggal.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami menyediakan lot tanah untuk kuburan agar tidak menyusahkan orang yang masih hidup.
Damai sejahtera di jiwa kita.
Selamat beribadah.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat 8.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment