Ya TUHAN, ya Allahku, pada-Mu aku bernaung; selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku, jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku. Mazmur 7:1-2 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pada-Mu aku bernaung" Mazmur 7 ialah doa Daud memohon perlindungan daripada TUHAN ketika diburu oleh raja Saul. Kepada TUHAN sajalah Daud mendekatkan diri, dia katakan bahawa Pada-Mu aku bernaung dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku, jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku (ay.1-2). Mungkin kita tidak pernah ada pengalaman diburu untuk dibunuh, tetapi kita boleh bayangkan keadaan Daud ketika dia diburu, amatlah ketakutan, maut mengejar setiap saat, lambat bergerak maut akan menangkapnya. Ketakutan seperti inilah membuat Daud belajar berharap kepada TUHAN sepenuh hati. Mungkin kita pun ada pengalaman saat ...
Search This Blog
Emanuel Ministry