Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu, Ya Allahku yang benar. Kurangkan penderitaanku; kasihanilah aku dan dengar doaku. Mazmur 4:1 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kurangkan penderitaanku" Mazmur 4 mempunyai ragam Mazmur dengan pelbagi tema, ia lebih kepada ajaran hikmah kepada pendengar atau pembacannya, antara yang disebut memohon TUHAN mengurangkan penderitaan (ay.1), kalau marah jangan sampai berdosa (ay.4), memberi persembahan yang benar (ay.5), TUHAN tempat yang selamat (ay.8), jangan mencari TUHAN yang palsu (ay.2) dan banyak lagi. Dalam kehidupan, kita memerlukan banyak hikmah untuk menjalani hidup supaya dapat menyesuaikan diri, dapat menyelesaikan masalah, mengurangi tekanan dan sebagainya. Jangan sampai kita jatuh sakit baik jiwa atau tubuh. Memang sedia maklum hidup ini tidak seperti yang kita mahu sebab bukan semua dibawa kawalan kita, sebaliknya kitalah yang dikawal oleh kehidupan. Mungkin sebab itulah pemazmur memohon TUHAN mengurangi penderitaannya. Semoga kita belajar lebih banyak hikmah dan memohon kepada TUHAN kurangkan penderitaanku. Doa: Tuhan Yesus tolong kami kurang penderitaan kami. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 9.9.2026.

Comments

Popular Posts