Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.” Aku akan mengisytiharkan firman TUHAN: Dia berkata kepadaku, “Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu. Mazmur 2:6-7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Engkau Anak-Ku" Mazmur 2 merupakan Mazmur yang sangat ketara idea pemazmur tentang seseorang yang lebih besar daripada raja biasa di Israel, mungkin dia sudah diilhamkan kedatangan seorang yang menjadi raja seantero dunia yang di akui oleh TUHAN sebagi Anak-Nya yang ditabalkan sebagai Raja di atas Sion bukti suci TUHAN (ay.6-8) Raja itu juga digambarkan bangsa-bangsa dan raja-raja di bumi berkomplot melawan-Nya (ay.1-2). Semoga kita percaya bahawa Engkau Anak-Ku dalam Mazmur ini ialah Yesus Kristus orang Nasaret bukan orang lain. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya percaya bahawa Engkaulah yang dimaksudkan dalam Mazmur 2 itu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.9.2026.

Comments

Popular Posts