Aku letih lesu kerana mengerang;
sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata.
Mataku menjadi lemah kerana kesedihan;
dan semakin kelam kerana musuhku.
Mazmur 6:6-7
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "kubasahi katilku dengan air mata"
Mazmur 6 ialah doa sepemazmur, nadanya sedih dia memohon agar TUHAN tidak menghukumnya (ay.1), dia juga memohon agar disembuhkan kerana dia longlai (ay.2). Jiwa pemazmur gundah-gulana dia mohon TUHAN berbelas kasihan terhadapnya (ay.3).
Sepanjang malam dia menangis, air matanya membasahi katil (ay.6).
Kenapa jadi begitu sebab musuhnya (ay.7).
Susah hidup kalau ada musuh, cukup satu apa lagi ramai seperti yang digambarkan oleh pemazmur.
Melawan pun salah tidak melawan pun salah jadi hanya kepada TUHAN sajalah kita meluahkan perasaan dalam doa seperti yang dilakukan pemazmur.
Semoga kita berdoa kepada TUHAN seperti pemazmur kubasahi katilku dengan air mata.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya diberi kekuatan, kesembuhan dan kegembiraan dengarlah doa kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 11.9.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment