Dapatkah engkau menarik Lewiatan dengan mata kail,
atau menahan lidahnya dengan tali?
Dapatkah engkau memasang tali di hidungnya,
atau mencucuk rahangnya dengan cangkuk?
Adakah ia akan mengajukan banyak permohonan kepadamu,
atau bercakap dengan kata-kata yang lembut kepadamu?
Ayub 41:1-3
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dapatkah engkau menarik Lewiatan dengan mata kail"
Bab 41 kitab Ayub bersambung kata-kata TUHAN kepada Ayub, kali ini mengajar Ayub melalui makhluk ciptaan-Nya iaitu Lewiatan.
TUHAN mengambarkan Lewiatan itu cukup dahsyat orang yang melihat sahaja pun jatuh pengsan (ay.9), bersisik rapat (ay.15), bersinnya menyemburkan cahaya, matanya seperti matahari (ay.18), mulutnya keluar percikan api (ay.19), hidungnya keluar asap (ay.20).
Badannya lebih keras daripada besi (ay.27).
Lewiatan makhluk yang tidak ada rasa takut ia raja segala makhluk ciptaan TUHAN (ay.33-34).
TUHAN mencabar Ayub dapat engkau menarik Lewiatan dengan mata kail? (ay.1) atau menjenakkannya (ay.3-5), jadi kenapa pula Ayub cuba membenarkan diri di hadapan TUHAN.
Semoga kita belajar daripada makhluk ciptaan TUHAN yang ada disekeliling kita sebelum TUHAN bertanya dapatkah engkau menarik Lewiatan dengan mata kail?
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berani mempersoal tindakan-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 4.9.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment