Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek. Tetapi dia bersukacita dengan hukum TUHAN, dan merenung hukum-Nya siang dan malam. Mazmur 1:1-2 Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak berjalan menurut nasihat orang zalim" Mazmur 1 bercakap tentang 3 jenis orang iaitu yang pertama orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim (ay.1), orang zalim (ay.4) dan orang berdosa (ay.5). Orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim hidupnya diberkati (ay.1), bersukacita (ay.2) dan apa sahaja yang dilakukannya berjaya (ay.3). Tetapi orang zalim hidupnya seperti sekam boleh ditiup oleh angin (ay.4) dan tidak tahan dalam penghakiman (ay.5a). Orang berdosa pula tidak dapat bertahan dalam perhimpunan orang benar (ay.5b). Jenis orang yang mana satu adalah kita? Adakah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim, orang zalim atau orang berdosa? Perlu kita ingat TUHAN hanya akan menaungi orang yang benar iaitu yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim. Semoga kita tidak berjalan menurut nasihat orang zalim. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berjalan menurut nasihat orang zalim. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 6.9.2026.

Comments

Popular Posts