Dia berkeras terhadap anak-anaknya, seolah-olah bukan anaknya sendiri. Sungguhpun jerih lelahnya percuma, ia tidak takut, kerana Allah tidak memberinya hikmah dan tidak mengurniainya pengertian. Ayub 39:16-17 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak memberinya hikmah" Bab 39 kitab Ayub bersambung kata-kata TUHAN kepada Ayub, tema perkataan TUHAN kali ini tentang keagungan ciptaan-Nya terhadap binatang. Antara yang disebut kambing gunung (ay.1-4), keldai liar (ay.5-8), seladang (ay.9-12), burung unta (ay.13-18), Kuda (ay.19-25) dan helang (ay.26- 30). Setiap binatang ada perangai masing-masing ada yang kelihatan gagah, penghuni hutan, kelihatan bodoh dan sebaginya. TUHAN yang membuat mereka begitu, adakah Ayub mampu berbuat demikan terhadap binatang? Sudah tentu tidak mampu dan TUHAN jugalah yang memberikan hikmah kepada binatang (ay.17) bukan Ayub. Sama seperti manusia TUHAN yang memberi hikmah sebab itulah ada pelbagi perangai manusia, itu demi keutuhan hidup manusia. Semoga kita tahu bahawa kalau TUHAN tidak memberinya hikmah kita seperti burung unta yang membiarkan telurnya dipinjak-pijak. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hikmah supaya kami tidak berperangai bodoh Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 2.9.2026.

Comments

Popular Posts