TUHAN menjawab Ayub dari dalam angin puting beliung, “Bersiaplah engkau sebagai lelaki. Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku. Apakah engkau mahu membatalkan pengadilan-Ku? Apakah engkau mahu mempersalah Aku supaya engkau benar? ”Ayub 40:6-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mempersalah Aku supaya engkau benar" Bab 40 kitab Ayub, mencatat sedikit jawapan Ayub kepada TUHAN, jawapannya bernada dia merendahkan diri di hadapan TUHAN (ay.3-5). TUHAN memanggil Ayub si penuduh (ay.2). TUHAN juga bertanya kepada Ayub adakah engkau mahu membatalkan pengadilan-Ku (ay.8). Atau mempersalah Aku supaya engkau benar (ay.8) Dalam keadaan putus asa memang kita boleh mengatakan apa saja kepada TUHAN, tetapi bukan bererti itu yang kita maksudkan, sekadar luahan perasaan, kalau bukan kepada TUHAN kepada siapa lagi itu lebih baik daripada bertanya kepada iblis. Ayub tidak tahu pun apa yang sedang berlaku di syurga bahawa kesetiaannya kepada TUHAN sedang diuji. TUHAN pula tidak memberitahu, tetapi memberi pengajar kepada Ayub bahawa kuasa-Nya tidak dapat difahami oleh Ayub. Semoga kita tidak dikatakan oleh TUHAN bahawa engkau mempersalah Aku supaya engkau benar. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak mempersalah Engkau apa pun keadaan kami. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 3.9.2026.

Comments

Popular Posts