BMDC KEJADIAN 46:29-30
Yusuf menaiki kereta kudanya untuk berjumpa dengan bapanya di situ. Ketika mereka berjumpa, Yusuf memeluk bapanya dan menangis lama sekali. Yakub berkata kepada Yusuf, “Sekarang aku rela mati setelah melihat engkau dan tahu bahawa engkau masih hidup.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yusuf berjumpa dengan bapanya" Bab 46 kitab Kejadiaan kisah Yusuf bertemu dengan bapanya di Gosyen Mesir (ay.28) mereka berpelukan dan menangis lama sekali (ay.29). Yakub puas hati apabila melihat Yusuf masih hidup, dia kata boleh meninggal dengan aman (ay.30), Yakub tidak berminat kenapa Yusuf boleh berada di Mesir dan bagaimana dia boleh menjadi gabenor. Begitulah kita melihat kisah hidup seseorang hanya mahu melihat keadaan semasanya, menarik atau tidak, kaya atau miskin, baik atau jahat dan sebagainya.
Yakub berpuas hati kerana dapat bertemu Yusuf yang disangka telah meninggal kerana dibaham binatang buas, bukan sebab kedudukan Yusuf pada masa itu.
Semoga kita seperti Yakub berpuas hati apabila Yusuf berjumpa dengan bapanya yang disangka sudah meninggal dunia.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami rasa puas kerana perkara yang paling asas seperti kami masih hidup hari ini.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 1.7.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment