BMDC KEJADIAN 34:9-10
Marilah kita membuat persetujuan bahawa bangsa tuan dan bangsa kami kahwin campur. Dengan demikian tuan boleh tinggal bersama dengan kami di negeri ini, di mana sahaja tuan suka. Tuan boleh berdagang dengan bebas dan memiliki harta benda.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kahwin campur" Bab 34 kitab Kejadiaan kisah anak perempuan Yakub dilarikan oleh orang Kanaan, anak kepada salah satu pemerintahan di sana, dia dirogol kemudian dipohon menjadi isteri kepada perogol. Kita boleh bayangkan kejahatan manusia di tanah Kanaan pada zaman itu, mungkin juga sehingga hari ini masih berlaku.
Bapa kepada perogol memohon supaya anak perempuan Yakub menjadi isteri anaknya dan mereka boleh kahwin campur dengan mereka (ay.9) serta Yakub bebas berdagang dan memiliki harta di Kanaan (ay.10).
Hari ini pun masih ada tawaran yang sangat baik kalau berkompromi dengan iman atau harga diri, kita perlu berhati-hati sebab ada keputusan hari ini memberi kesan tidak baik terhadap iman di masa akan datang.
Semoga kita tidak bersetuju dengan tawaran kahwin campur demi iman dan harga diri.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak tergoda dengan kahwin campur yang merugikan iman kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Gonggeun Korea 19.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment