BMDC KEJADIAN 44:28-29
Seorang sudah meninggalkan aku. Dia tentu telah diterkam binatang buas, kerana sejak itu aku tidak bertemu dengan dia lagi. Jika kamu mengambil anak bongsu ini daripadaku, dan sekiranya ada sesuatu perkara berlaku kepadanya, kesedihan yang kamu datangkan kepadaku itu akan mengakibatkan kematianku, kerana aku sudah tua.’ ”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Diterkam binatang buas" Bab 44 kitab Kejadiaan kisah Yusuf mengada-ada cerita pilanya hilang pada hal dia yang menyuruh memasukkan ke dalam karung gandum Benjamin, kemudian menyuruh hamba-hambanya mengejar mereka untuk memeriksa siapa yang kedapatan mengambil (ay.1-5).
Mereka terpaksa balik ke istana, Yehuda membela Benjamin tetapi dia tidak menceritkan perkara sebenar tentang perbuatan mereka terhadap Yusuf suatu ketika dulu mereka jual bukan diterkam binatang buas (ay.28-29). Mungkin Yusuf mahu mereka menceritkan perkara sebenar tetapi dalam keadaan begitu pun masih berbohong.
Hari ini banyak konflik sebab berbohong, mencipta cerita untuk mengenakan orang lain yang kita benci atau sebab saingan perniagaan, politik, jawatan dan sebagai.
Semoga kita dapat mengaku Yusuf bukan diterkam binatang buas tetapi dijual oleh abang-abang tirinya kecuali Ruben.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami agar boleh berkata jujur dalam apa juga keadaan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 29.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment