BMDC KEJADIAN 38:26
Yehuda mengenali benda-benda itu dan berkata, “Perempuan itu tidak bersalah. Aku tidak melakukan kewajipanku terhadap dia; seharusnya aku mengahwinkan dia dengan anakku Syela.” Yehuda tidak bersetubuh dengan Tamar lagi.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Perempuan itu tidak bersalah" Bab 38 kitab Kejadiaan kisah Yehuda dan Tamar menantunya mereka bersetubuh sehingga mendapat anak kembar (ay.27). Kalau adat suku kita inilah salah satu "sumbang besar" dan mesti dihukum bunuh dengan cara di humban ke dalam laut. Tetapi dalam budaya di Kanaan pada masih itu tidak kerana Yehuda pelaku yang tidak mengetahui itu menantunya dan adalah menjadi kewajipan Yehuda memberi anak kepadanya walaupun dengan cara begitu.
Hari ini kisah Yehuda dan Tamar tidak boleh diterima tetapi zaman itu boleh diterima demi keturunan.
Semoga kita berusaha mendapatkan zuriat perempuan itu tidak bersalah berusaha mendapatkannya tetapi dengan cara yang boleh diterima pada zaman sekarang.
Doa: Tuhan Yesus semoga para isteri yang berusaha mendapat zuriat diberikan anak kembar seperti Tamar.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 23.6.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment