BMDC KEJADIAN 31:53
Allah yang disembah Abraham dan disembah bapaku Nahor akan menjadi hakim antara kita.” Kemudian Yakub bersumpah demi Allah yang disembah oleh Ishak, bapanya, untuk memegang perjanjiannya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN yang disembah Abraham dan Nahor" Bab 31 kitab Kejadiaan kisah Yakub pulang ke Kanaan kerana Laban tidak lagi ramah kepadanya (ay.5), TUHAN juga menyuruh Yakub pulang (ay.13). TUHAN sudah memberkati Yakub ketika berada di Haran dengan memberi banyak ternak sesuai upah yang dipersetujui oleh Laban (ay.12). Berkat TUHAN ada di mana-mana diberikan kepada kita kerana TUHAN mahu memberi.
Laban dan Yakub berpisah dengan damai apabila TUHAN campur tangan, mereka berdua bersumpah demi TUHAN Abraham, Nahor dan Ishak (ay.53). Rupanya mereka menyembah TUHAN yang sama.
Kita juga menyembah TUHAN yang sama,
Laban dan Yakub akhirnya berdamai kerana TUHAN mereka adalah sama.
Semoga kita pun berdamai kerana menyembah TUHAN yang disembah oleh Abraham dan Nahor.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat berdamai kerana menyembah TUHAN yang sama.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Gonggeun Korea 16.6.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment