kerana beginilah firman TUHAN, ‘Kamu tidak akan melihat angin ataupun hujan, tetapi lembah ini akan dipenuhi air sehingga kamu, ternakanmu, dan binatangmu dapat minum.’ Itu hanyalah perkara ringan di mata TUHAN. Dia juga akan menyerahkan orang Moab ke dalam tanganmu. 2 Raja-Raja 3:17-18 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hanyalah perkara ringan di mata TUHAN" Bab 3 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan Elisa, kali ini raja Isreal, raja Yehuda dan raja Edom bergabung (ay.9) untuk menyerang raja Moab yang memberontak menentang Yoram raja Israel selepas kematian raja Ahab (ay.5-7). Edom rupanya ada hubungan yang baik dengan Israel pada masa itu. Ketika dalam perjalanan di padang gurun Edom menuju Moab mereka tiada ada air (ay.9) Yosafat raja Yehuda mencari petunjuk daripada TUHAN mereka menjemput Elisa, dia pun datang dan mengatakan tanpa hujan atau angin tetapi lemah tempat ketiga raja itu berkumpul bersama pasukan akan dipenuhi air, bukan itu saja TUHAN menyerahkan orang Moab ke dalam tangan mereka, itu hanyalah perkara ringan di mata TUHAN kata Elisa (ay.17-18). Maka berlakulah begitu keesokan (ay.20). Tidak diketahui dari mana air itu di padang gurun, kadang kita pun begitu dalam keadaan buntuh tiada daya mengubah keadaan tetapi ketika berdoa kepada TUHAN ada jalan keluar ibarat air keluar dari padang gurun tanpa hujan. Semoga kita seperti raja Yosafat mencari petunjuk TUHAN sebab itu hanyalah perkara kecil di mata TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami keluar dari kebuntuhan yang sangat berat tetapi bagi-Mu hanyalah perkara ringan. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 28.3.2026.

Comments

Popular Posts