Jawabnya, “Tuanku telah bersumpah kepada hambamu ini demi TUHAN, Allahmu, dengan berkata, ‘Anakmu Salomo akan menjadi raja sesudah aku, dan ia akan duduk di atas takhtaku.’ Tetapi sekarang, Adonia sudah menjadi raja tanpa pengetahuan Tuanku Raja.” 1 Raja-Raja 1:17-18 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Anakmu Salomo akan menjadi raja" Bab 1 kitab 1 Raja-raja kisah permulaan raja Salomo menjadi raja Isreal menggantikan raja Daud atas restunya sendiri demi Batsyeba (ay.17). Tidak pasti kenapa anak Batsyeba yang dipilih oleh raja Daud, itu adalah hak dia memilih walaupun Batsyeba rakyat biasa sahaja bukan keluarga raja atau pemimpin negara. Di sebalik itu juga ada sokongan nabi Natan menguatkan lagi tuntutan Batsyeba atas sumpah raja memilih anaknya (ay.11-14). Begitulah ragam manusia mesti ada penyokong barulah seseorang boleh menjadi pemimpin. Semoga kita seperti Batsyeba anakmu Salomo akan menjadi raja kerana sokongan nabi Natan dan para imam. Doa: Tuhan Yesus tanpa sokongan-Mu terhadap kami, kami bukan siapa-siapa terima kasih Tuhan Yesus. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 4.3.2026.

Comments

Popular Posts