Sementara itu seorang nabi datang menghadap Ahab, Raja Israel, dan berkata, “Beginilah firman TUHAN, ‘Sudahkah kaulihat seluruh pasukan yang besar itu? Sesungguhnya, pada hari ini Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu dan engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ” 1 Raja-Raja 20:13 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Engkau akan tahu bahawa Akulah TUHAN" Bab 20 kitab 1 Raja-Raja kisah Benhadad raja Aram bersama 32 raja datang mengepung Samaria (ay.1). Bayangkan betapa kuat pasukan itu 33 raja menyerang satu raja. Tidak hairan raja Ahab sanggup menunaikan permintaan Benhadad untuk mengambil perak, emas, isteri-isteri dan anak-anaknya (ay.3). Tetapi Benhadad tidak puas dia mahu mengambil juga apa yang disukai oleh raja Ahab (ay.6). Maka berlakulah perang, tetapi sebelum perang bermula seorang nabi datang mengatakan pesan TUHAN bahawa hari itu juga Aku akan menyerahkan mereka ke dalam dalam tanganmu dan engkau tahu bahawa Akulah TUHAN (ay.13). Walaupun Ahab tidak meminta petunjuk TUHAN. Memang berlaku seperti itu, tetapi Ahab tidak menumpaskan Benhadad sedangkan TUHAN telah khususkan untuk ditumpaskan, itulah nanti akan menjadi hukuman Ahab (ay.42). Kejayaan boleh jadi kita terlebih bermurah hati, perlu kawal diri supaya tidak berlaku seperti Ahab. Semoga kita ada pengalaman sesuatu yang mustahil tetapi Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu dan engkau tahu bahawa Akulah TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya kejayaan yang mustahil itu supaya kami tahu Engkaulah TUHAN. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 23.3.2026.

Comments

Popular Posts