Akan tetapi, raja berkata kepada Arauna, “Jangan begitu, kerana aku mahu membelinya daripada kamu dengan harga yang layak. Aku tidak mahu mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, Allahku secara percuma.” Maka Daud membeli tempat pembantingan bijirin itu dengan lembu-lembunya pada harga lima puluh syikal perak. 2 Samuel 24:24 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku mahu membelinya" Bab 24 kitab 2 Samuel bab terakhir, ditutup dengan kisah dosa Daud membanci penduduk Israel (ay.10), rupanya satu dosa kalau raja membanci kalau bukan perintah TUHAN, akibat perbuatan itu penyakit sampar melanda Israel meragut 70 ribu orang (ay.15). Akhirnya TUHAN berbelas kasihan kepada Yerusalem tempat tinggal Daud, malaikat pembawa sampar dilihat oleh Daud di ladang Arauna orang Yebus (ay.16). Di situlah Daud mempersembahkan korban dengan membeli tempat pembantingan bijiran dan lembu-lembu Arauna dengan harga pada masa itu 50 syikal perak, dia tidak mahu diambil secara percuma (ay.24), walaupun dia boleh berbuat demikian kalau dia mahu. Hari ini selalu kita mengharap sesuatu yang percuma, apa lagi kalau memang hak kita seperti dijemput dan dihantar pulang sebab pelayanan, atau disediakan penginapan, makanan dan sebagainya, kadang terlupa pula memberi wang persambahan sebab kita sangat senang hati dengan layanan itu. Semoga kita seperti raja Daud aku mahu membelinya bukan mengambil secara percuma walaupun dia berhak. Doa: Tuhan Yesus ajar kami supaya tidak mengambil secara percuma tetapi membeli dengan harga yang patut. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 3.3.2026.

Comments

Popular Posts