Jika kita berkata, ‘Mari kita masuk ke kota,’ di kota ada bencana kebuluran, dan kita akan mati di sana. Tetapi jika kita tinggal di sini, kita akan mati juga. Sekarang, mari kita mendatangi perkhemahan pasukan Aram. Jika mereka membiarkan kita hidup, maka kita akan hidup. Jika mereka membunuh kita, maka kita akan mati. 2 Raja-Raja 7:4 Konsapatan dan salam paskah, hari ini kita belajar tema "Membiarkan kita hidup" Bab 7 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan nabi Elisa, kali dia memberi tahu perkara yang sangat mustahil berlaku bahawa esok seperti masa dia memberi tahu raja akan ada makanan di kota Samaria (ay.1) Tetapi perwira pengawal raja tidak percaya, kata Elisa engkau akan melihat tetapi tidak menikmatinya (ay.2). Apa yang terjadi pada hari itu ada empat orang berpenyakit kusta, tidak takut mati nekad pergi ke perkhemahan askar Aram yang mengepung Samaria sehingga berlaku kebuluran (2 Raj. 6:24-25), mereka berkata kalau masuk ke kota ada bencana kebuluran dan mereka mati di sana, tetapi kalau tinggal saja di pintu gerbang akan mati juga, lebih baik mendatangi perkhemahan pasukan Aram, sebab ada peluang hidup (ay.4) Apa yang berlaku mereka mendapati perkhemahan itu kosong (ay.5), tetapi barang masih ada termasuk makanan sebab ditinggalkan ketika mendengar bunyi deru pasukan besar menuju ke arah mereka, disangkah pasukan askar orang Het dan Mesir yang diupah oleh raja Isreal (ay.6). Begitulah cara TUHAN melepaskan orang Israel tanpa perang, jadi jangan berhenti berdoa demi keamanan di seluruh dunia tanpa perang. Tindakan keempat berpenyakit kusta tidak takut mati itu menjadi pembawa khabar baik kepada raja dan rakyat di Samaria (ay.10), selepas dipastikan khabar itu betul, pintu gerbang pun dibuka dan mati dipijak rakyat perwira pengawal raja yang tidak percaya itu seperti yang dikatakan Elisa (ay.17). Keempat berpenyakit kusta yang tidak sayangkan nyawa telah menjadi penyelamat rakyat Samaria. Semoga kita tidak terlalu takut terhadap kematian sebab TUHAN yang menjaga nyawa kita, kalau Dia membiarkan kita hidup kita hidup. Doa: Tuhan Yesus ajar kami untuk percaya nyawa kami milik mu tidak ada yang dapat mengambilnya tanpa izin-Mu. Sejahtera selalu. Paskah kisah membiarkan kita hidup. ๐ŸŽš️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 1.4.2026.

Comments

Popular Posts