Elia mengambil anak itu, membawanya turun dari bilik atas ke dalam rumah, dan menyerahkannya kepada ibunya. Kata Elia, “Lihatlah, anakmu hidup.”
Kata perempuan itu kepada Elia, “Sekarang aku tahu bahawa engkau ini hamba Allah, dan firman TUHAN yang kaukatakan itu benar.”
1 Raja-Raja 17:23-24
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Engkau ini hamba TUHAN"
Bab 17 kitab 1 Raja-Raja watak nabi Elia muncul, sebagai seorang nabi ada tugas yang diberikan TUHAN iaitu menegur raja pada masa itu raja Ahab yang jahat di mata TUHAN malah lebih jahat daripada raja-raja Israel sebelum dia (1 Raj.16:30).
Kita boleh bayangkan betapa jahatnya Ahab.
Elia mula menegur Ahab dengan tiada embun dan hujan sehingga Elia mengatakan (ay.1).
Jangankan setahun satu bulan saja pun panas dan kering sudah mula menyeksa manusia.
Kemudian Elia dari Samaria ke sungai Kerit atas perintah TUHAN (ay.2-3) selepas sungai itu kering dia diperintah TUHAN ke Sarfat Sidon kepada seorang balu anak satu, mungkin belum tua sebab anaknya pun masih kecil sebab masih boleh diangkat oleh balu itu.
Berlakulah mukjizat tepung dan minyak yang sedikit tidak habis-habis untuk Elia, balu dan anak lelakinya.
Tetapi malangnya anak balu itu pula meninggal kerana penyakit.
Elia berdoa kepada TUHAN kemudian anak itu hidup lagi.
Maka berkata balu itu kepada Elia "Sekarang aku tahu bahawa engkau ini hamba TUHAN, dan firman TUHAN yang kau katakan itu benar" (ay.24).
Mukjizat tepung dan minyak tidak habis (ay.16), tidak membuka mata balu itu untuk mengaku Elia itu hamba TUHAN.
Kita pun mengalami mujizat setiap hari tetapi tidak dapat membuka mata kita untuk mengaku Tuhan Yesus ialah TUHAN kecuali diancam kematian barulah kita mengaku.
Semoga kita percaya perkataan TUHAN yang kita dengar dan berkata seperti balu itu "Engkau ini hamba TUHAN"
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengaku Engkau ialah TUHAN sebelum nyawa kami dihujung nafas.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 20.3.2026.
Hari ini cuti umum tambah untuk Hari Raya Aidilfitri yang disambut esok.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment