Kata Elisa, “Ambilkan aku sebuah mangkuk baru dan bubuhlah garam ke dalamnya.” Lalu mereka membawa mangkuk itu kepadanya. Elisa pun pergi ke sebuah mata air lalu melemparkan garam itu ke situ sambil berkata, “Beginilah firman TUHAN, ‘Air ini sudah Kusihatkan, sehingga tidak lagi menyebabkan kematian atau ketidaksuburan’ ” Maka air itu pun menjadi sihat sampai hari ini, selaras dengan kata-kata yang diucapkan Elisa.
2 Raja-Raja 2:20-22
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Air ini sudah Kusihatkan"
Bab 2 kitab 2 Raja-Raja bermulalah kisah pelayanan Elisa, selepas Elia diangkat TUHAN melalui kereta kuda berapi di seberang sungai Yordan yang dapat dilihat oleh Elisa (ay.11-12), hanya Elisa yang dapat melihat kejadian itu tetapi 50 nabi yang melihat dari jauh tidak (ay.15-16).
Elisa mewarisi pelayanan dan kuasa yang diberikan TUHAN kepada Elia, pelayanan pertama yang dia lakukan ialah menyihatkan air di Yerikho tidak lagi menyebabkan kematian atau ketidak suburan tanah (ay.21). Mungkin sebab kutuk yang disebut oleh Yosua ketika menghancur kota ini suatu masa dulu (Yos.6:26).
Banyak tempat yang kelihatan kering dan tidak subur, tidak pasti kenapa jadi begitu, sebagai hamba TUHAN kita perlu perihatin untuk mendoakan tempat itu seperti yang dilakukan Elisa, saya fikir ini pun salah satu bidang pelayanan apabila tiba di satu-satu tempat, kampung, daerah, negeri dan luar negara.
Semoga kita seperti Elisa dengan kuasa TUHAN air ini sudah Kusihatkan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya Engkau sihatkan air yang kami guna setiap hari supaya tidak menyebabkan kematian dan tanah tidak subur
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 27.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment